Saturday, July 26, 2008

Tiga Golongan Manusia Perosak Muslim

Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini bukan bermaksud Allah kekurangan `modal`. Akan tetapi pengulangannya itu mengandungi pengajaran untuk kita semua menghayatinya. Seperti ayat 13 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir"


Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.

Pertama ialah sikap sombong seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu menyembah Adam lalu berkata:

''Aku lebih baik daripada dia, aku diciptakan daripada api, sedangkan dia diciptakan daripada tanah."

Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orng lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehngga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan''

Sebagai contoh, negara akan kacau jika penguasanya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika penguasa berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu saranan apa lagi kritikan maka perasaan inilah yang membinasakan Firaun dan Namrud seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran. Penguasa yang bengis dan sombong, di telunjuknya adalah hukuman dan di mulutnya pula adalah undang-undang. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada penguasa yang zalim. Sehinggalah penguasa yang tidak melaksanakan perintah Allah ini akan dihancurkan oleh kerana perbuatan diri sendiri.

Di dalam surah Al Nahl ayat 23 pula:"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong."

Sifat perosak kedua pula adalah serakah. Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di syurga kecuali janganlah mereka memakan buah kuldi. Larangan ini dilanggar yang akhirnya mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi adalah sifat serakah yang mengheret Adam dan Hawa dari singahsana syurga.

Sifat ketiga adalah hasad. Di dalam quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik daripada yang dimilikinya.Sebagai contoh, ketika jirannya memiliki sebuah kereta baru, maka tergelegaklah hatinya. Pertama-tamanya ia akan mengembangkan sifat su'uzannya,dengan penuh selidik ia menyangka bahawa ianya dari usaha yang tidak halal. Seterusnya orang yang bersifat hasad merasakan tidak suka orang lain mendapat nikmat dan rezeki, sehinggakan ada yang sanggup untuk memusnahkan nikmat itu.

Rasulullah bersabda,: "Waspadalah terhadap hasad, sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala seperti api memakan kayu".

Penyakit hati amat berbahaya. apabila hati sentiasa gelisah jika orang lain mendapat kebahagian. Orang yang bersifat hasad juga amat berbahaya kerana dia akan melakukan apa-apa jenayah untuk melenyapkan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Setiap negara dan bangsa mengandungi tiga golongan terbabit,iaitu penguasa,pengusaha dan rakyat jelata. Jika penguasanya sombong, pengusahanya serakah, dan rakyatnya iri hati maka hancurlah negara tersebut.


Baca Lagi Seterusnya......

Wednesday, July 16, 2008

Mari Join Itech Network Social Website

ni la website network social Itech...meh la join..
Assalamualaikum...apa kabar semua rakan2..harap antum semua sihat sejahtera dan berada dibawah rahmat Allah..kat sini kami ada berita nak bagitau sikit.
Kami ada buat satu network social untuk group Itech ni, jadi kepada rakan2 yang berminat boleh la join..



Apa yang perlu dilakukan ialah rakan2 perlu mendaftar diri sebagai ahli Itech terlebih dahulu, dengan mengisi ruang kosong yang disediakan. Selepas semuanya selesai, akaun baru untuk anda akan muncul.

Rakan2 boleh mengemaskini akaun yang telah dibuat. Selain itu rakan2 boleh menghantar komen, berforum, menyimpan foto, memasukkan video dan sebagainya..

Sokongan daripada rakan2 kami harapkan..

Baca Lagi Seterusnya......

Selamat Datang Buat Teman2...













Gambar kenangan sewaktu di Tv3 rancangan Al-Kulliyah....













ni lah gmbar bebudak Itech..sesapa yg ada gmbar leh bg bt kenangan...


Assalamualaikum w.b.t, selamat datang ke blog Himpunan Siswa/i I-tech.Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana dengan pertolongan dan keizinan-Nya pembinaan blog ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.



Tujuan kami disini membina blog ini adalah untuk menghimpunkan kembali rakan-rakan yang pernah bersama dalam kos ini.Kami disini berbesar hati dan mengalu-alukan rakan-rakan yang mempunyai masa untuk masuk dan lawati blog kami yang tidak seberapa ini.

Kami mengalukan rakan-rakan untuk menghantar karya masing-masing untuk kami publish atau paparkan didalam blog ini.Tujuannya tidak lain hanyalah untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai sesuatu isu, cerita, artikel, sajak dan sebagainya.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menghantar hasil karya, bolehlah menghantarkannya melalui email itech_udm[at]yahoo[dot]com.

Kami terpaksa menggunakan simbol diatas untuk mengelakkan email daripada dikesan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab atau spam.

Sebagai penutup, kami disini sangat berharap rakan-rakan dapat sama-sama meluangkan masa untuk bersama kami didalam blog ini. Diharapkan ukhwah sesama kita yang pernah kita jalinkan ketika dahulu sewaktu program-program yang diadakan seperti Malam Sual Kenal, Annual Dinner dan sebagainya dapat berkekalan.

Akhir kata dari kami bekas penuntut dalam bidang ini,Ukhawah antara kita berkekalan.
Secebis Kenangan, Selamanya Dalam Ingatan..

Baca Lagi Seterusnya......
 
Himpunan Mahasiswa/i i-Tech - Templates para novo blogger 2007